Sunday, May 22, 2011

Konon-konon Macam Entri Sedih, Padahal Tak. Babai Kawan.

Salam.

Er aku boringlahhhh tadi. Member ramailah puloks dah start orientation week. Tadi aku godeh godeh blog catthmd, carik info pasal UTM. Terasa macam stalker -.-" Btw, dia dah banyak bagi maklumat dekat aku, so tenkiuuuu. 

Disebabkan, aku rindu kawan kawan aku, aku bayangkan diorang buat speech dedicated to me. Haha.

***************************************










Terharu okay! (Walaupun aku main ikut sedap hati je tulis dekat gambar tu). Haha. Memandangkan aku bakal menjadi mahasiswa (ke mahasiswi? Mahasiswi kan?), aku kena prepare banyak benda ni. Herhhh.

Eh aku daftar 29 Mei tau tau.

Bye.

p/s: My last post sebelum gerak UTM kot. Kot laaa. Tengoklah kalau ada nak hapdet entri baru ke.
p/s/s: Terkejut kejap. Tak sangka gila !

Saturday, May 7, 2011

Salam Perkhabaran Dari Bandung, Eksaited Pasal UPU

Salam.

Aku dah agak dah! Aku dah agak dah! Aku dah agak dah! Aku dah agak dah harini mesti ramai yang update pasal UPU. Hahaha. Tapi aku nak update lambat sikitlah. Nanti korang tinggalkan blog aku, lepas tu tak baca. Sedih tau T____T <-- Muka sedih.

Meh la sini nak habaq sikit. Setelah refresh page UPU tu empat lima kali, akhirnya dapat jugak aku akses page tu. Peh. Dengan tangan terketar-ketar, jiwa meronta ronta, tuala sarung keliling pinggang, rambut basah *okay ni gambaran baru lepas mandi* akhirnya aku pun dengan nervous taip num IC 930608-14-****. And benda ni yang keluar:

Terpinga pinga o.O
Okay, aku dapat DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM dekat UTM International Campus. Kalau nak tahu, yang aku dapat ni, pilihan aku yang kelima. Hambek kauu.

First choice - Asasi Sains Fizikal UM (REJECTED)
Second choice - Asasi Sains Fizikal UIA (REJECTED)
Third choice - Asasi Kejuruteraan UiTM (REJECTED)
Forth choice - Diploma Kejuruteraan Awam UiTM (REJECTED)

Haha apalah aku ni. Baru nak berangan masuk UM :P. Takpelah Allah knows better. Manalah tahu aku dapat asasi, tiba tiba fail ke kan. Haha.

Aku dapat jugak matriks

Dapat dekat KMT Pahang. Yang ni memang first choice. Tak macam UPU. Haha tak tak, i tetap sayang you UPU. I tak curang dekat Matriks.

Tapi antara dua ni, aku pilih diploma :) Hoy, jangan kata diploma tak bagus. Diploma bagus jugak pe. Maybe korang rasa diploma lama, tapi bagi aku, 3 tahun tu cukupla bagi aku. Aku bukannya nak kahwin awal pun. Hahah. Aku ni bukanlah jenis yang cepat sangat pickup nak nak lagi bila belajar subjek subjek sains. Nak nak lagi matriks setahun je kan.

So, aku dah belajar dari masa silam (ceh), aku tak boleh study/work under pressure/masa yang sangat singkat. Tambah lagi kena capai pointer yang umph! Takpela dekat diploma nanti aku try la nak dapat fast track. Plus, selepas Matriks, kita kena apply balik untuk UPU, tapi kalau diploma dah tak payah. Kita masuk terus universiti tu. And ayah aku cakap, diploma dapat sekali dengan sijil ape ntah. (Betulkan if aku silap)

Okay tu je. Actually aku nak asasi tapi dah takde rezeki kan. Heh. MARA pun tak dapat. Aku dah habis sekolah ni barulah aku tau, tak semua benda kita nak, kita akan dapat.

Sebenarnya, belajar dekat mana, ambik apa pun sama je. Kalau kau amik asasi (contoh) tak score pun tak guna. And mana tau rezeki budak yang dapat form 6, pointer okay, dapat terus pergi oversea ke kan? See, belajar jela. Tu je yang mampu naikkan semangat aku sekarang :)

Lintas langsung dari bilik hotel dekat Bandung. Ngeheh. Selamat malam :)

Tuesday, April 19, 2011

T.I.K.L (Part 5): Last Paper of SPM

Salam.

Tiba-tiba rasa rindu gila dekat sekolah. T.T. Entry kali ni nak guna 'aku' pulak lah. Orait here we go. Last day kitorang paper Engineering Drawing. Macam heaven jugaklah. Last day kan. Malam tu kitorang dekat Bakawali, study ED, ramai ramai sambil dengar lagu, main phone (Haha), borak borak. Ceh study ke? ==' Rindu sangat moment tu :'( Sodorm lagi, Neddy pulak bawak speaker kan, haha.

Sebelum exam ED:
Nampak tak aku sorang je pakai kain kaler hitam :D
Pagi besoknya memang excited nak pergi ambik exam. ED kan. Guna board lagi. Sebelum exam, borak borak dengan Tiera, (sempat lagi), cadang nak balik board ED lepas exam, padahal tak buat pun. Haha. Aku dahla duduk tepi pintu, bawak kipas, memang macam 'heaven' jugakla kan exam paper terbang terbang =='

Okay fine tiba tiba teringat dekat ketua pengawas.

Awkward moment bila kau rasa happy but at the same time, kau rasa sedih jugak. Ye, tu lah yang aku rasa bila paper ED dah habis. 

Happy sebab exam dah habis (of course la), sedih sebab sekolah dah habis and kita tak dapat nak spend time dengan kawan kawan kita dalam dorm, dalam kelas. Tak dapat nak gelak sama sama lagi in school uniform, tak dapat chance nak bahan kawan kawan dalam kelas, tak dapat nyanyi kuat kuat dalam kelas, tak dapatnak tidur dalam dorm Bakawali dah. :'( Sedih tau tak.

Let it go, Qila. 

Then lepas je exam, kelas 5A1 buat jamuan (er sort of la). Ada kek, Koeh buat cupcake (Walaupun manis gila tapi takpela. Member kan). Kitorang tukar tukar hadiah, tangkap tangkap gambar. Sobssss T___T
Picture #1 : Shasha tengah conteng baju Adib dari belakang --'
Picture #2 : Ye, itu aku pegang kotak cupcake yang Koeh buat
Picture #3 : With Shasha, I love you! <3


 

Serious facts :
# I miss my friends
# I miss my classmates in 5A1
# I miss my dorm mates in Bakawali
# I miss school uniform
# I MISS TIKL

Fuh, boleh mengalir air mata ni. Sorry tiba tiba emosi pulak kan. Haha. Hmm, zaman sekolah ni datang sekali je kot. :'( Rindunyaaaaa. Aku harap, bila dah masuk alam pelajar universiti, aku tak lupa diorang semua ni yang selalu buat aku happy :)

Sunday, March 20, 2011

T.I.K.L (Part 4)

 Okay. Hai.

Sekarang baru pukul 8.20 pagi. Serius aku tak tahu nak buat apa pagi-pagi ni. Selalunya bila dekat sekolah dah ada dalam kelas ah. Kalau dekat kem sekarang ni tengah siap-siap nak pergi kelas. Duduk rumah ni buat aku rasa berdebar-debar. Nak tunggu result lagi. Nak masuk kelas memandu lagi Haaa aku dahla tak ada pengalaman langsung bawak kereta. Langsung.

Oh btw, aku nak sambung cerite TIKL. Sumpah aku rindu zaman sekolah. Rindu sangat sangat. Haritu cerita pasal Achievers kan? Mehla aku sambung cerita pasal hari graduasi :D

Aku target kelas Perdana kot. =______________= Tinggi sangat cita-cita. Tengoktengok makan diri sendiri.

Aku bangun pagi, get ready untuk dress up. Haha. Teringat masa form 4 dulu, kelam kabut aku bangun awal just untuk buat preparation untuk graduasi form 5. Tapi masa aku form 5, kelam kabut aku bangun sebab nak get ready untuk bersiap je. Hehe.

My bedmate, Neddy

Bie, pakar physics, chemistry :D

Shasha, the loud one! Miss her :(

Tuesday, March 1, 2011

T.I.K.L (Part 3)

Program Achievers.
One of our best experiences for the whole year.

Walaupun ramai yang tak terlibat dengan program ni tapi bagi yang terlibat, itu sudah dikira bonus tambahan. Kalau tak terlibat, kita still boleh belajar, kan? :)

Okay, Achievers diadakan dekat NUBE Training Centre, PD.


Masa mula-mula sampai, kitorang daftar and aku dapat satu bilik dengan Tiera dengan Zatod. Oh, dan lagi satu, pemandangan sunset dekat sana sangat lawa! Cantik! Breath-taking! Ingat lagi, kitorang ada buat pertandingan bina sand castle. Group aku menang. Er tapi aku tak contribute sangat. Mana taknya, pegi tangkap gambar sana sini =.=

Kan dah cakap. Diorang busy, aku pun busy jugak.
Busy tangkap gambar. Haha

Sunday, February 20, 2011

T.I.K.L (Part 2)

Salam,

Sambungannnnnn...
Terus masuk form 5.

Masa form 4 dulu, aku selalu nak jadi apa yang abang aku jadi. Cakap je apa-apa, Pelajar Dinamik? Ada dalam kelas pertama? Top ranker? Nak semua orang kenal kau? Nak dapat 10A? Semua benda yang abang aku ada, aku nak. Nampak macam tamak kan? Haha. Well, setiap benda yang aku nak ada bayaran. Jeng.

Masuk tahun 2010, aku dapat dorm Bakawali, kelas 5A1. Honestly said, mula-mula masuk kelas 5A1, aku macam, okay senyap je kelas ni. Macam tak seronok je. Well, don't judge a book by its cover okay! Dalam kelas form 5 dekat Teknik KL, akan ada KBS, Kumpulan Belajar Sama. Kira macam study group jugakla. KBS aku ada 4 orang. Isa, Eija, Chong dan aku sendiri.

Isa tak ada dalam gambar ni.
(Wow aku nampak cerah dalam gambar ni =.=")

Awal-awal tahun, kelas kitorang pergi buat Levelling. Seronok sangat!


Then, kitorang ada guru kelas dan mentor yang sangat best plus sporting!

Guru Tingkatan: Puan Siti Rohaya (SRK)
Mentor: Puan Rafidah

Friday, February 11, 2011

T.I.K.L (Part 1)

Salam,

SMTKL, well-known as TIKL. Aku rasa macam baru semalam aku masuk Teknik KL. Walaupun 2 tahun je aku kat sekolah Teknik KL, banyak sangat kenangan. Dan sekarang, aku bukan budak sekolah lagi. Aku nak cuba refresh balik pengalaman-pengalaman aku dekat sana mula dari aku masuk sekolah ni sampai aku habis SPM :)

Source: smtkl.edu.my

Masa aku form 3, abang aku form 4 and dia sekolah dekat Teknik KL. Masa tu aku dah tekad, nak masuk sekolah ni. Masa tu nawaitu aku, aku tak nak ambik subjek Biology. Masa aku apply untuk SBP pun, aku apply aliran teknikal. Start dari batch 1993, sesiapa yang dah sapat tawaran untuk SBP, tak akan dapat tawaran dari mana-mana sekolah termasuk sekolah teknik. Dan kebetulan aku dapat tawaran pergi SBPI Rawang, aliran teknikal.

Tapi atas beberapa sebab tertentu (sebab yang tak munasabah), aku tolak tawaran SBP. Then, aku pergi memohon masuk Teknik KL. Alhamdulillah, aku dapat. Aku diambil untuk ambilan kedua. Aku masuk agak lambat jugaklah sebab surat tawaran sampai lambat.

Aku ingat lagi warden yang mula-mula jemput aku. Cikgu Haslawati. Mula-mula cikgu bagi aku dorm Melur. Then aku tengok list nama. 

Tak ada pun Ili dengan Ezy

So, aku tanya cikgu,

Cikgu, ada tak nama Ezyana Shahira dengan Ili Farhana. Saya nak sama dorm dengan diorang

Amboi, dah pandai demand kan aku? Haha. Cikgu cakap dorm Bakawali dah penuh, so aku masuk sama dorm dengan Ili, dorm Kemuning. Tak menyesal aku masuk dorm ni. The best dorm ever! Aku letak beg aku dalam dorm lepas tu terus pergi kelas 4A2. 

Dalam kelas tu, aku lah yang paling senyap, yang paling serius, yang paling tak ada kawan =.=" Aku sangat senyap. Berbeza identiti aku dengan dekat sekolah lama. Tapi disebabkan perangai aku macam tu, aku ambik masa aku untuk belajar. Cara belajar aku? Cikgu mengajar dekat depan, aku pasang MP3, aku buat sudoku. Haha. Tapi entah macam mana aku still boleh jadi antara yang terbaik dalam kelas.