Friday, February 11, 2011

T.I.K.L (Part 1)

Salam,

SMTKL, well-known as TIKL. Aku rasa macam baru semalam aku masuk Teknik KL. Walaupun 2 tahun je aku kat sekolah Teknik KL, banyak sangat kenangan. Dan sekarang, aku bukan budak sekolah lagi. Aku nak cuba refresh balik pengalaman-pengalaman aku dekat sana mula dari aku masuk sekolah ni sampai aku habis SPM :)

Source: smtkl.edu.my

Masa aku form 3, abang aku form 4 and dia sekolah dekat Teknik KL. Masa tu aku dah tekad, nak masuk sekolah ni. Masa tu nawaitu aku, aku tak nak ambik subjek Biology. Masa aku apply untuk SBP pun, aku apply aliran teknikal. Start dari batch 1993, sesiapa yang dah sapat tawaran untuk SBP, tak akan dapat tawaran dari mana-mana sekolah termasuk sekolah teknik. Dan kebetulan aku dapat tawaran pergi SBPI Rawang, aliran teknikal.

Tapi atas beberapa sebab tertentu (sebab yang tak munasabah), aku tolak tawaran SBP. Then, aku pergi memohon masuk Teknik KL. Alhamdulillah, aku dapat. Aku diambil untuk ambilan kedua. Aku masuk agak lambat jugaklah sebab surat tawaran sampai lambat.

Aku ingat lagi warden yang mula-mula jemput aku. Cikgu Haslawati. Mula-mula cikgu bagi aku dorm Melur. Then aku tengok list nama. 

Tak ada pun Ili dengan Ezy

So, aku tanya cikgu,

Cikgu, ada tak nama Ezyana Shahira dengan Ili Farhana. Saya nak sama dorm dengan diorang

Amboi, dah pandai demand kan aku? Haha. Cikgu cakap dorm Bakawali dah penuh, so aku masuk sama dorm dengan Ili, dorm Kemuning. Tak menyesal aku masuk dorm ni. The best dorm ever! Aku letak beg aku dalam dorm lepas tu terus pergi kelas 4A2. 

Dalam kelas tu, aku lah yang paling senyap, yang paling serius, yang paling tak ada kawan =.=" Aku sangat senyap. Berbeza identiti aku dengan dekat sekolah lama. Tapi disebabkan perangai aku macam tu, aku ambik masa aku untuk belajar. Cara belajar aku? Cikgu mengajar dekat depan, aku pasang MP3, aku buat sudoku. Haha. Tapi entah macam mana aku still boleh jadi antara yang terbaik dalam kelas. 


Masa ni, abang aku jadi senior aku. Dia famous, aku je yang tak famous. Haha. Orang lain tahu dia ada adik dekat sekolah tu, tapi tak tahu mana adik dia, siapa nama adik dia. Haha. Bayangkan, aku bertembung dengan abang aku dekat sekolah, aku buat-buat tak kenal. Dia pun buat macam tu jugak. Kalau ada apa-apa hal, kitorang contact melalui Kak Mya.

Kak Mya

Ni abang.

Kak Mya ni classmate abang dekat 5M1. Apa-apa hal, duit ke, sakit ke, semua mesti rujuk dekat Kak Mya then baru pass dekat abang aku. Aih dah macam VIP aku tengok =.="

Masa form 4, aku mohon untuk jadi Briged Bestari. Kitorang macam kena seksa tahu tak nak dapat badan perkhidmatan ni. Macam-macam tugasan kitorang kena buat. Tapi yang paling best, masa pergi bertugas untuk pertandingan tarian dekat HCC, Jalan Sentul. Aku rindu senior-senior BB, batch 08/09 even kitorang banyak kena maki, kena marah dengan diorang.

Hari Graduasi SMTKL 2009
Lagi satu sebelum aku terlupa, Hari Sukan sekolah! Hahaha. Aku lupa nak cerita apa. Tapi tunjuk gambar jela eh.


Hah, aku nak bercerita lagi, tapi tunggu jela sambungannya.

No comments:

Post a Comment