Mohon jangan berlapar selepas tengok post ni. Kah kah. Haritu, - dah lama dah sebenarnya - macam biasa scrolling through Tumblr, then nampak satu post ni buat sausage yang dicucukkan spaghetti ke dalamnya, so I took some time to make sausages just like that!
Senang je. Apa yang perlu anda ada, adalah Spaghetti dan Sosej.
1. Cucuk beberapa spaghetti ke dalam sosej. Cucuk perlahan-perlahan. Nanti patah.
2. Rebus sausages + spaghetti tadi.
And then, siap. Boleh makan dengan sauce, spaghetti sauce or just eat liddat!
![]() |
| Ze outcome! |
Just now, buat pudding caramel. First time buat; out of the blue! Tiba-tiba je. So, ada dua komponen. Karamel dan puding. (Ni versi ibu. Without vanila dan tepung jagung)
Bahan A (Karamel): Setengah cawan gula
Bahan B (Puding): 5 biji telur, 1 tin susu cair, Setengah cawan gula
Cara membuat:
1. Cairkan bahan A (gula). Make sure gula cari betul-betul and warna dia kuning emas. (Jangan lama sangat, nanti pahit). Kemudian tuang dalam loyang (atau mana-mana acuan).
2. Gaul rata Bahan B (tadi ibu suruh blend je. Senang kerja)
3. Masukkan Bahan B tadi dalam loyang yang berisi karamel.
4. Ha, kukus la lepas tu. Agak-agak dalam setengah jam then sejukkan.
5. Kalau boleh, terbalikkan puding tu. Biar comei lote.
| Oh yeah yummaayh. |
Dan, haritu masak rendang ayam. Ayah kata sedap, macam ibu masak. Hahahahah *joget joget*
